Salam.....
Hari ini merupakan hari terakhir kelas. Hari ini juga sangat penting kerana setiap kumpulan perlu membentangkan Projek Akhir mereka.
Perbentangan 1 : Tajuk : Suku Kata.
- Kumpulan ini membentangkan hasil projek yang sangat hebat.
- CD ini sesuai untuk murid di tahap prasekolah, Linus, Galus & Pendidikan Khas.
- Selain daripada belajar mengenai suku kata, pengguna juga dapat belajar mengenal kenderaan.
- Kandungan perisian yang mengandungi semua elemen multimedia yang dapat menarik perhatian murid
untuk menggunakannya.
Perbentangan 2 : Tajuk : Lambaian Kaabah
-Kumpulan 2 membentangkan projek mereka yang sesuai bagi pelajar sekolah menengah untuk subjek
Pendidikan Islam tingkatan 4.
- CD ini menerangkan mengenai Ibadah Haji.
- Kandungan CD ini sangat sesuai dengan pelajar tingkatan 4.
- Bagi pendapat saya, mereka telah melakukan sesuatu yang sangat hebat dimana kandungan CD ini sangat
menarik dan hebat.
Perbentangan 3 : Tajuk : Water Cycle
- Tajuk ini dibentangkan oleh kumpulan kami.
- Beberapa komen yang kami terima daripada rakan-rakan dan En.Juhazrin iaitu :
1) Penggunaan Font yg kurang jelas bagi paparan respon jawapan.
2) Penggunaan jenis 'typeface' yang kurang sesuai untuk nama pengguna.
3) Penggunaan "anak panah" pada butang 'exit' tidak sesuai & dikhuatiri akan mengelirukan murid.
- Keseluruhannya, Alhamdulillah...segala pengorbanan & kepayahan telah terbalas. Kami amat berpuas hati
dengan hasil projek ini...
Perbentangan 4 : Tajuk : Kemahiran Hidup :
- CD ini sesuai untuk untuk murid pendidikan khas untuk belajar mengenai kemahiran hidup.
- Paparan Grafik yang menarik.
- CD ini dibangunkan dengan penuh teliti.
- Aplikasi pilihan menu penggunaan yang sangat menarik.
- Secara keseluruhannya, aplikasi yang dibangunkan oleh kumpulan ini sangat menarik dan hebat!.Tahniah!!
Kami amat gembira kerana berjaya menyiapkan projek ini. Terima Kasih kepada En.Juhazren yang telah membantu kami dalam menyiapkan projek ini. Alhamdulillah...Sekarang, bersedia utk final exam!
No comments:
Post a Comment